Tuesday, June 14, 2011

Kemana cuti-cuti airasia anda?


Dah berabukk!! Ataupun dah bersawang? Mungkinkah itu patah-patah pembuka bicara? Lama sangat blog ni tak berupdate. Sepi je. Pembaca? mesti korang rasa, "ada aku kisahkan??" :D haha. Ok. sempena promotion Airasia yang lepas, aku dah BERJAYAAaaaa membeli tiket ke Melbourne untuk 4 org. Alhamdulillah. It costs us 3.7K? haha ye ye. Memang mahal tapi masih murah kalau divide by 4 kan kan??.kira la sendiri sebab i tau semua org tere maths . Alhamdulillah, kebetulan ada duit “ bonus terlebih suda.” So beli la. Soal belanja, fikirkan tahun depan sebab tarikhnya 2-10 June 2012! Haha 2012 ye tuan puan. setahun dari sekarang , boleh start counting! nak dapat harga yang murah kene beli waktu ade promotion. Thanks to Mr Tony Fernandez for make it possible for average people like me.. :), nanti boleh la promotion lagi.. nanti kami-kami ini berlumba-lumba beli lagi. Kalau tunggu MAS, rasanya... tak merasa la kan. :)






Berkenaan belanja disana, Mudah-mudahan company aku ni berUNTUNG jadi ada bonus declare untuk next year. Pastu boleh beli ticket ke NZ plak? OPPppsss… NZ tu canteeekkkk.. teringin teringin.. mudah-mudahan Allah izinkan. OWh yes, kalau teringin ni.. keterlaluan sangat rasanya. Antara my wish list > tour europe, new zealand, middle east, istanbul/turki. korea dan jepun.. kalau dapat kire bonus la.. EH ehhh.. mane list pergi umrah ke haji ke? Hilang pulak dah.. bz bzz..Haji insyaAllah 2022, umrah?? kalau ada duit lebih next year.. cover istanbul sekali.. opssss.. :) sampingan aje.. jangan la kau pesongkan tumpuanku ketika aku menunaikan umrah atas kerana sikapku yang suka berjalan amin.. jauhkan yaAllah.. jauhkan..




So latest,
Dan bulan 10 ni, InsyaAllah kami akan ke Kota Kinabalu sekeluarga. Actually, sudah beberapa kali kami menjejakkan kaki ke sana Cuma tak pernah round sangat pun, paling-paling pusing-pusing di Bandar je. Harap2 kali ini boleh ke kundasang dan makan seafood segar yang dimasak sendiri di kondo marina. YES! Semua dah book ye . Murah jee.. rm350 untuk tambang 5 org?! (termasuk bibik) kan kan murah kan.. Teringat ayah cakap “budak-budak sekarang ni mewah, masa belajar dah boleh pergi oversea.. ayah dulu... bla bla bla ".. ( tak dinafikan agak benar) on our defend, now we got airasia ayahhhh !!! "

Cukuplah kisah airasia yang sangat mengujakan tu.. sedikit gambar-gambar melbourne untuk membakar semangat. kalau ada yang nak ikutt!?! roger ye..






No comments: