Thursday, November 18, 2010

Percutian di Cameron Highland


Hari minggu yang lalu. kami sekeluarga berserta bibik tercinta telah menjejakkan kaki sekali lagi ke cameron highland. (When i say sekali lagi means untuk me and hubby je, org lain first time ). Walaupun perjalanan yang bersimpang siur seperti huruf S dan kadang2 huruf Z, hujan lebat dan di iringi dengan muntah bibik .. OPsss... (kesian,tak biasa jalan jauh sangat ) tapi itu semua tidak menghalang kami untuk sampai ke puncakk (cheewah! he he) syukurlah semuanya selamat. Sebenarnya percutian ini dah lama di rancang dan setelah dikira, trip ini telah berjaya menghabiskan duit sebanyak. Hmm.. almost 1K lah. Hahhaha Duhh!! ala biaselah.. seket tu seket ni. dah campur semua memang hampir2 la tu.. ha tu baru g cameron je.. :P. yang lain2 tu.. toksah pk la..tu sebab tabung percutian tu penting terutamanya untuk orang yang suka berjalan mcm kami ini. tu penting ikut budget. walaupun seringkali terlebih budget.. hehe. yelah, bukan ape nanti kang tade duit lak nak makan ;) . makan la ikan bilis, ikan masin. hm yang anak2 hari2 telur ayam... ( OHH TIDAAAK )


By the way, kami menginap di Strawberry Park Resort. best ke tak? hm.. BOLEHHH la.. ok jugakla.. semua yang perlu ada di situ. breakfast pun best. aman damai.. tenang... Athirah n Iman pun suka sampai tanak balik.. Eh mcm mana pulakboleh tanak balik setakat cameron highland yang tade ape pun kot ( err.. merujuk kepada perbualan dengan Farrah Aiza lah - sebab member cakap pergi cameron sehari pun dah cukup! haha - actually I agree). Actually, tempat percutian ini dipilih kerana melayan karenah Athirah yang teringin nak picking strawberry. Hm.. Yes its her favourite fruit.. boleh mengadap tu.. ntah berapa bijik masuk dalam perut die dalam sehari dan alhamdulillah.. tak sakit perut.. syukur2.. and ibu die, waaahhh perlu ada sekurang-kurangnya gula, whipping cream.. Oh yess, yang manis2 tu :P. Masam kot strawberry tu . Iman dengan strawberry. Hm s0-so lah. Athirah lagi hebatt..



Selain dari tu, yang bestnya di Cameron .. sayur2annya lah. segar2. puaaasss makan! sedap ok!! oh yes. I'm expert utk masak sayur je (oh kesian suami ku, patut kurus! ). hehe.. sorry sayang... i tau u suke makan sayur kan kan.. dan tak dilupakan minum air teh di tepi ladang strawberry. wahh kalau pergi berdua lagi layan.. dan sekali ngan anak2 kecil ni.. hmm layan dierg lagi best.. cutee!!



kami di sana 3 hari 2 malam. Mujur bawak bibik, boleh pergi berdating malam-malam, bibik stay kat hotel temankan anak-anak yang tidur.. (not bad ek bawak bibik.. hehe, tactic tuuu.. ) In conclusion, bagi saya ini percutian yang menggembirakan. menenangkan. mengasyikkan. Terima Kasih Allah kerana mengurniakan kesihatan, perjalanan selamat pergi dan pulang. Terima Kasih Abang untuk segala-galanya. Sungguh aku mencheentai MU (haha opss)... Hm. Abang cakap nak pergi lagi.. in 5 years! Yeayy .. ;-) Actually, yang paling penting spend quality time with family. tak kisahla pergi mana-mana pun yang penting ikatan kasih sayang, kekeluargaan dapat dipereratkan. Alhamdulillah.


Note: Image from maatictours.com







6 perkara Allah sembunyikan

Salams to All. actually terasa nak kongsi tazkirah ni . Got it from a friend of mine. Alhamdulillah. Mudah2an dapat pengajaran dan digunakan untuk memperbaiki amalan kita . Sungguh Allah maha besar dan maha mengasihani.

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla h malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Tuesday, November 9, 2010

cant wait for saturday


wah wah.. i've been counting for friday but suddenly mr.h informed me it's actually saturday.. wah.. sedih (mode : kecewa, x boleh escape friday's meeting). Tape2. Allah tahu yang terbaik untuk kite!! ye betuuuul...