Wednesday, August 24, 2011

Nasihat 1



Percayalah semua yang berlaku itu, adalah datangnya dari kehendak dan keizinan Allah, Tidak bergerak biar sezarah pun tanpa keizinan dari Allah.

Bagi yang beilmu hakkul yakin, bukan hantu yang mereka takut bukan senjata yang mereka gentar atau bukan jampi yang mereka khuatir. yang mereka takut, gentar dan kuatir itu, jangan sampai akal dan hatinya lupa pada Allah.

Orang yang lalai itu, adalah orang yang lupa diri, lupa pula pada Allah.

Sedar yakin dan percaya bahawa diri kita ini, adalah tempat Allah meletak dan menzahirkan sifat sifatNYA, samaada baik atau buruk .

Ingatan pada Allah, hendaklah jangan sampai lupa dan jangan sampai diabaikan. berbanyaklah ingat pada Allah, bahawa Allah itu tidak bersifat membenci atau berdendam pada umatNYA. Allah akan tetap bersama kita walau apapun kita, Berlindunglah kepada Allah dari sifat lupa dan lalai.

Allah itu terlalu dekat dengan kita. Dekatnya tidak bersentuhan, jauhnya tidak berantara.