Tuesday, January 25, 2011

Internal audit di office saya


Audit. Hah Apa itu audit? apa kah? wtahshjkh?

Harini office saya sedang di audit. Bukan audit besar-besaran.
internal audit saja.. menurut spec ISO ye teman-teman.
bukan macam audit yang adik saya @eby. Bukan seperti PWH or EY or ntah mane2 audit firm tu
bukan begitu...

So pagi ni dimulakan dengan baik.
alhamudulillah. bermula dari seorang auditor berlainan bangsa.. tegur-teguran semua diterima dengan baik.
auditor kedua? juga hebat.. mungkin kerana saya telah berjaya memberi jawapan yang hebat.. haha apakah??

tapi,

sampai tengahari saya diinterview oleh seorang auditor yang berstatus "bonda".
die sangat mengannoyingkan saya. dan percayalah.
mesti die sangat annoying dengan saya juga! ha ha. mungkinkah OBIYESSS?
tu la antara masalah terbesar saya. kalau dah start tak suka , memang tak pandai nak sorok2.
cubala cover2 malu seket.. tapi, percayalah. suami saya sangat pandai semua ini. (part cover2 malu tu).

so, akhirnya saya banyak diam saja. kalau penting baru bersuara. Jika tidak, my staff yang bersuara. Hm.. staff saya semua pandai. so boss die boleh relax2. hahaha. *berdosa*.
Percayalah, saya buat begitu supaya kalian semua jadi lebih pandai, berdidikasi, berkaliber... .. * ayat sopan*

Walau apapun, saya bersetuju yang saya patut memandang positive atas semua pandangan orang dan terima dengan berlapang dada. lain orang lain pandangan. lain rambutan, lain durian.












Thursday, January 20, 2011

Yoo Yooo.. Iman is twoo!!

19th January 2010, Iman turned to 2. Alhamdulilllah, we've been blessed with all her cheecky faces, tantrum and sweetest smile that always successfully made our heart melt and blow all our problems away. again, alhamdulillah.


So, on the next day (which was yesterday) , we've successfully organized her birthday bash with our big family members. Maaf lah tak jemput kawan-kawan. he he. Mungkin di masa depan ye ye. Thank you to mak ayah, mama ayah (my inlaw), and adik-beradik and not forgetting kak tini and family. Thanks for accepting the last minutes invitation . so, apa menunye? ye inilah pertama kali saya memasakk... JENG JENG JENG... Nasi briyani, Daging masak prun & acar buah. semua nya jadi dan marvellouss!! hahha



Nooo. NOT ONLY That.. there MORE...


ada ayam goreng yang dimerinate dengan bahan-bahan terpilih yang digoreng panass panas...

andd theres mOOORE... hehe mcm chips MORE plak..

Oreo cheesecake and choc chip muffin (for the birthday girl). sila la dapatkan feedback tetamu yang datang tentang keenakannya. he he. See, masak bakul angkat sendiri. or in the modern version - masuk lift tekan tingkat 34 :D .. ha ha. but unfortunately, no picture of food was taken this time.


I want to apologize to cik Mun on behalf of Iman. Because she threw your gift away. Its not that she didnt like it. She loveeees it, maybe in a year :D. It seems she loves more 'kipas pusing2' from Mak lang :D. but the thought that count. Thank you veryy much ye cik mun n uncle gimin.

Untuk Kak tini, terima kasih atas gaun yang cantek tu.. walaupun saya dah ckp tak perlu.. tapi since akak kata dah balut saya amekk lah.. TAPII.. hehe ade Tapi ni.. Iman sukee GILER sbb di pakai baju malam tu tanak bukak sampai la mandi esok paginye.. he he.. asik tengok kat dalam cermin je :D .. Thanks kak.. kerana menceria kan si kecil. Kalau saya ajak dtg lah lagi tapi x perlu bawak ape ape pun, kesudian akak hadir tu pun dah menyebabkan kami sekeluarga berbesar hati. Apalagi kalau akak ckp saya masak sedaappp ?? ha ha.

Finally, untuk Iman. Happy 2nd birthday from ibu & ayah. we love you to bits.. Semoga jadi anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan berjasa untuk agama, InsyaAllah. Amin..



Thursday, January 13, 2011

Bila Athirah mahukan sesuatu..


Pulang sudah lewat malam. Sewaktu keluar dari rumah, hari masih gelap lagi. Kerap kali Athirah berpesan pada kami supaya balik awal tetapi dalam seminggu mungkin sesekali sahaja kami boleh sampai sebelum waktu maghrib. Itulah dilema ibu bapa berkerjaya. Dengan rintihan anak saban hari yang inginkan lebih perhatian dari ibu dan ayah.
“Kasihan”, bisik kami dalam hati. Akan tetapi, kejadian sebaliknya berlaku takkala Athirah inginkan dibelikan sesuatu.

“Ibu, boleh ibu belikan saya yang ini” kata Athirah sambil tangan menunjuk ke arah mainan yang diingini.
Saya membalas,”ibu kan tak cukup duit, baruje belikan Athirah ikan, betul tak?”
“Kalau macam tu, ibu mesti kerja balik malam-malam lah” kata Athirah.

Hm.. dalam fikiran kami,”boleh pulak kan?”. Namun, ini mungkin kata-kata bibik tiap kali memujuk setiap kali kami lewat pulang.

Monday, January 10, 2011

Kasih seorang ayah.


Tahun ini umur ayah 63 tahun. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat Ayah. Walaupun hujung minggu yang lalu semasa berkunjung ke ampang, ayah ada menyatakan tentang bahu yang sudah mula sakit-sakit tapi tidaklah terlalu ketara.”Itu adalah tanda peningkatan usia”, kata ayah. “Itu juga tanda kasih sayang Allah kan”, aku mengingatkan diri sendiri tanpa suara. Walau tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu cepat yang tidak mampu dengan kudrat yang kita ada untuk menahannya. Walau apapun yang terjadi pada hari ini, masa akan tetap meninggalkan kita. Tahun depan umur pasti meningkat lagi.

Ayahku seorang yang penyayang, mengerti dan prihatin dalam diam. Dulu, sewaktu aku masih belajar di sekolah asrama, ayah pernah menghantar surat dan kad ucapan hari lahir yang dititipkan bersama pesanan dan azimat keramat. Semasa di sana, ayah cuma datang 3 kali dalam tempoh 2 tahun mengajianku di sana. Kalau dibandingkan dengan adik-beradik yang lain, mereka lebih beruntung. Mungkin kerana jarak sekolahku yang agak jauh. Walaupun adik beradikku 9 orang, kami tidak pernah merasa kekurangan. Ayah bijak dalam menggunakan pendekatan yang berbeza-beza mengikut personality kami yang pelbagai.Itulah yang menyebabkan kami selalu merasa dekat dengan ayah. Setiap kali aku menghulurkan duit bulanan pada ayah, selain dari ucapan terima kasih, ayah akan mencium wang dengan senyuman dan menampakkan gigi. Halus dan tulus. Satu perasan berbaur-baru kurasai. Ayah tak pernah meminta-minta. Ayah tidak pernah mengharapkan apa-apa dari kami adik beradik. Walaupun di hari jadinya kerana itulah yang terjadi. . Itu juga pesanan ayah pada adik-adikku. Semoga jangan mengharap apa-apa hadiah dari sesiapapun. Jujurnya aku tidak tahu apakah yang sesuai untuk diberikan pada ayah. Sudahnya, aku cuma memasak hidangan istimewa untuk ayah dan mak sewaktu mereka pulang dari Taiping. ”macam makan dekat hotel”, puji ayah. Sehingga aku rasa berada di awang-awangan.

Disebalik didikan dan kasih sayang dari seorang ayah, terdapat rasa hormat yang mendalam dirasai dalam hati saya. Itu juga mungkin dirasai oleh adik beradik kami yang lain. Rasa itu mungkin timbul kerana ayah mengajar kami membaca mengenal kitab suci alquran. Sabar dan tekun dalam mengajar kami setiap kali waktu maghrib tiba walaupun di celah-celah kesibukan dan kepenatan berkerja seharian di pejabat. Walau tidak dinafikan terdapat cubitan yang hinggap di sana sini tapi kami akur. Dahulu, sering rasa tidak puas hati. Tapi kini, kami sedar ayah sekadar ingin mendidik. Tapi, adik kami yang paling bongsu sekali paling beruntung kerana ayah lebih sabar dan tidak lagi memberi cubitan. Tapi, suara ayah mengajar mengaji masih kuat seperti selalu.

Terima kasih Allah kerana memberikan aku kebahagian ini. Walaupun bersifat sementara tapi benarkan ianya berpanjangan untuk lebih lama lagi kerana kami masih lagi mahu terus merasakan kasih sayang ayah. Sesungguhnya ia tidak akan terbalas segala jasa ayah walau kehujung nyawaku nanti akan tetapi daku akan selalu memohon agar ayah selalu redha dengan anak-anakmu dan bahagia sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Terima Kasih ayah. Mudah-mudahan angah akan terus diberikan kesempatan untuk membahagiakanmu sehingga ke akhir hayatmu nanti. Amin.