Thursday, January 13, 2011

Bila Athirah mahukan sesuatu..


Pulang sudah lewat malam. Sewaktu keluar dari rumah, hari masih gelap lagi. Kerap kali Athirah berpesan pada kami supaya balik awal tetapi dalam seminggu mungkin sesekali sahaja kami boleh sampai sebelum waktu maghrib. Itulah dilema ibu bapa berkerjaya. Dengan rintihan anak saban hari yang inginkan lebih perhatian dari ibu dan ayah.
“Kasihan”, bisik kami dalam hati. Akan tetapi, kejadian sebaliknya berlaku takkala Athirah inginkan dibelikan sesuatu.

“Ibu, boleh ibu belikan saya yang ini” kata Athirah sambil tangan menunjuk ke arah mainan yang diingini.
Saya membalas,”ibu kan tak cukup duit, baruje belikan Athirah ikan, betul tak?”
“Kalau macam tu, ibu mesti kerja balik malam-malam lah” kata Athirah.

Hm.. dalam fikiran kami,”boleh pulak kan?”. Namun, ini mungkin kata-kata bibik tiap kali memujuk setiap kali kami lewat pulang.

No comments: