Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Kasih seorang ayah.


Tahun ini umur ayah 63 tahun. Alhamdulillah, Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat Ayah. Walaupun hujung minggu yang lalu semasa berkunjung ke ampang, ayah ada menyatakan tentang bahu yang sudah mula sakit-sakit tapi tidaklah terlalu ketara.”Itu adalah tanda peningkatan usia”, kata ayah. “Itu juga tanda kasih sayang Allah kan”, aku mengingatkan diri sendiri tanpa suara. Walau tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu cepat yang tidak mampu dengan kudrat yang kita ada untuk menahannya. Walau apapun yang terjadi pada hari ini, masa akan tetap meninggalkan kita. Tahun depan umur pasti meningkat lagi.

Ayahku seorang yang penyayang, mengerti dan prihatin dalam diam. Dulu, sewaktu aku masih belajar di sekolah asrama, ayah pernah menghantar surat dan kad ucapan hari lahir yang dititipkan bersama pesanan dan azimat keramat. Semasa di sana, ayah cuma datang 3 kali dalam tempoh 2 tahun mengajianku di sana. Kalau dibandingkan dengan adik-beradik yang lain, mereka lebih beruntung. Mungkin kerana jarak sekolahku yang agak jauh. Walaupun adik beradikku 9 orang, kami tidak pernah merasa kekurangan. Ayah bijak dalam menggunakan pendekatan yang berbeza-beza mengikut personality kami yang pelbagai.Itulah yang menyebabkan kami selalu merasa dekat dengan ayah. Setiap kali aku menghulurkan duit bulanan pada ayah, selain dari ucapan terima kasih, ayah akan mencium wang dengan senyuman dan menampakkan gigi. Halus dan tulus. Satu perasan berbaur-baru kurasai. Ayah tak pernah meminta-minta. Ayah tidak pernah mengharapkan apa-apa dari kami adik beradik. Walaupun di hari jadinya kerana itulah yang terjadi. . Itu juga pesanan ayah pada adik-adikku. Semoga jangan mengharap apa-apa hadiah dari sesiapapun. Jujurnya aku tidak tahu apakah yang sesuai untuk diberikan pada ayah. Sudahnya, aku cuma memasak hidangan istimewa untuk ayah dan mak sewaktu mereka pulang dari Taiping. ”macam makan dekat hotel”, puji ayah. Sehingga aku rasa berada di awang-awangan.

Disebalik didikan dan kasih sayang dari seorang ayah, terdapat rasa hormat yang mendalam dirasai dalam hati saya. Itu juga mungkin dirasai oleh adik beradik kami yang lain. Rasa itu mungkin timbul kerana ayah mengajar kami membaca mengenal kitab suci alquran. Sabar dan tekun dalam mengajar kami setiap kali waktu maghrib tiba walaupun di celah-celah kesibukan dan kepenatan berkerja seharian di pejabat. Walau tidak dinafikan terdapat cubitan yang hinggap di sana sini tapi kami akur. Dahulu, sering rasa tidak puas hati. Tapi kini, kami sedar ayah sekadar ingin mendidik. Tapi, adik kami yang paling bongsu sekali paling beruntung kerana ayah lebih sabar dan tidak lagi memberi cubitan. Tapi, suara ayah mengajar mengaji masih kuat seperti selalu.

Terima kasih Allah kerana memberikan aku kebahagian ini. Walaupun bersifat sementara tapi benarkan ianya berpanjangan untuk lebih lama lagi kerana kami masih lagi mahu terus merasakan kasih sayang ayah. Sesungguhnya ia tidak akan terbalas segala jasa ayah walau kehujung nyawaku nanti akan tetapi daku akan selalu memohon agar ayah selalu redha dengan anak-anakmu dan bahagia sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Terima Kasih ayah. Mudah-mudahan angah akan terus diberikan kesempatan untuk membahagiakanmu sehingga ke akhir hayatmu nanti. Amin.

Thursday, November 18, 2010

Percutian di Cameron Highland


Hari minggu yang lalu. kami sekeluarga berserta bibik tercinta telah menjejakkan kaki sekali lagi ke cameron highland. (When i say sekali lagi means untuk me and hubby je, org lain first time ). Walaupun perjalanan yang bersimpang siur seperti huruf S dan kadang2 huruf Z, hujan lebat dan di iringi dengan muntah bibik .. OPsss... (kesian,tak biasa jalan jauh sangat ) tapi itu semua tidak menghalang kami untuk sampai ke puncakk (cheewah! he he) syukurlah semuanya selamat. Sebenarnya percutian ini dah lama di rancang dan setelah dikira, trip ini telah berjaya menghabiskan duit sebanyak. Hmm.. almost 1K lah. Hahhaha Duhh!! ala biaselah.. seket tu seket ni. dah campur semua memang hampir2 la tu.. ha tu baru g cameron je.. :P. yang lain2 tu.. toksah pk la..tu sebab tabung percutian tu penting terutamanya untuk orang yang suka berjalan mcm kami ini. tu penting ikut budget. walaupun seringkali terlebih budget.. hehe. yelah, bukan ape nanti kang tade duit lak nak makan ;) . makan la ikan bilis, ikan masin. hm yang anak2 hari2 telur ayam... ( OHH TIDAAAK )


By the way, kami menginap di Strawberry Park Resort. best ke tak? hm.. BOLEHHH la.. ok jugakla.. semua yang perlu ada di situ. breakfast pun best. aman damai.. tenang... Athirah n Iman pun suka sampai tanak balik.. Eh mcm mana pulakboleh tanak balik setakat cameron highland yang tade ape pun kot ( err.. merujuk kepada perbualan dengan Farrah Aiza lah - sebab member cakap pergi cameron sehari pun dah cukup! haha - actually I agree). Actually, tempat percutian ini dipilih kerana melayan karenah Athirah yang teringin nak picking strawberry. Hm.. Yes its her favourite fruit.. boleh mengadap tu.. ntah berapa bijik masuk dalam perut die dalam sehari dan alhamdulillah.. tak sakit perut.. syukur2.. and ibu die, waaahhh perlu ada sekurang-kurangnya gula, whipping cream.. Oh yess, yang manis2 tu :P. Masam kot strawberry tu . Iman dengan strawberry. Hm s0-so lah. Athirah lagi hebatt..



Selain dari tu, yang bestnya di Cameron .. sayur2annya lah. segar2. puaaasss makan! sedap ok!! oh yes. I'm expert utk masak sayur je (oh kesian suami ku, patut kurus! ). hehe.. sorry sayang... i tau u suke makan sayur kan kan.. dan tak dilupakan minum air teh di tepi ladang strawberry. wahh kalau pergi berdua lagi layan.. dan sekali ngan anak2 kecil ni.. hmm layan dierg lagi best.. cutee!!



kami di sana 3 hari 2 malam. Mujur bawak bibik, boleh pergi berdating malam-malam, bibik stay kat hotel temankan anak-anak yang tidur.. (not bad ek bawak bibik.. hehe, tactic tuuu.. ) In conclusion, bagi saya ini percutian yang menggembirakan. menenangkan. mengasyikkan. Terima Kasih Allah kerana mengurniakan kesihatan, perjalanan selamat pergi dan pulang. Terima Kasih Abang untuk segala-galanya. Sungguh aku mencheentai MU (haha opss)... Hm. Abang cakap nak pergi lagi.. in 5 years! Yeayy .. ;-) Actually, yang paling penting spend quality time with family. tak kisahla pergi mana-mana pun yang penting ikatan kasih sayang, kekeluargaan dapat dipereratkan. Alhamdulillah.


Note: Image from maatictours.com







Friday, June 25, 2010

Sekitar majlis perkahwinan adindaku, Shahida

I'm gonna write some review on my sister's wedding.


What we had on da's wedding was a very not so perfect wedding (like people say nobody's perfect) due to some unfortunate cases but i rather save it as my last thing to say. Let's focus on the positive side first. What I love about this wedding? of course everything.. but the thing that I remember mostly are Da smiles, your sweet 'baju' during her akad nikah. With her make up. she looks so sweet. you look so lovely, da. thanks kak yan (yan sri andam) for make it for my sister's day. Even though, there are several things that we were not satisfy about, but I think da would easily left it behind. like the veil... which actually we did mentioned that we want it.. but she said it was not what we agree before and no keris for the groom?. Poor them. but I know that small thing doesnt spoil your day, right? coz it was perfect, the way that you always want it. Alhamdulilah, harus terus bersyukur da.

and another thing that i love about her wedding is the flower girls. Hey, you cannot not agree with me!;-). They are so sweet. I think i need to congratulate kak long for able to convince them to throw the rose petals. Its so lovely, kak. nanti bleh buat untuk mun plak.. kire assign siap2 la kat akak lah yee.. he he.

The bad side?

At 2pm, lauk kenduri dah nak abes, yang tinggal just apa yang ada je... what to do? at first, the caterer told us that they will cook extra lauk but after several minutes, when my along asked them again, they told him that it wasn't prepared. kat situ je dah terbuang masa beberapa minit.. cait betul. Everybody got into this panic attacked. me and along decided to go to tesco to buy chicken and fried them at home. but alhamdulillah, thank you to tesco - selling rosted chicken which had save us. we bhought 15 bird of chickens and some cabbages,chilies which immediately cooked by all my makciks. alhamdullillah, at 3pm, we managed to serve them. that time, lauk yang tinggal just saki baki je.. sungguh tragiss.. induk miah ckp, mak dah nak nangis dah.. he he.. malu kan? tu la tapi nak buat macam mana.. kita hanya merancang.
tapi dengan izin Allah, semuanya ok. again, alhamdulillah. lalu, nikmat Allah yang manakah hendak kamu dustakan?

Opss that's not all. There is another thing. which is very very sad. It;s about my makcik- induk atun n induk miah, which things inside their handbags has been stolen by pencurik who able to sneak into my parent's room during that peak hours. we believe it happened during 'pengantin makan beradab'. pencurik has managed to use my makcik's credit card to buy fuel n new handphone at price of RM 1.5k.kesian... mak feels guilty because mak is the one who responsible, as they asked mak to put it in somewhere save. yela kan, mestila mintak tolong tuan rumah simpankan. kesian sangat... huhu..mak ganti kot nanti.. tapi, memang wajah mak tampak muram malam itu.

Begitulah cerita suka dan duka tentang majlis perkahwinan da yang angah ingat. Mudah-mudahan coretan ini membantu kita mengingati dan mengambil pengajaran. Walaubagaimanapun, yang paling penting pengantin gembira dan bahagia. Itupun sudah cukup untuk menghilangkan segala pahit yang dilalui sepanjang dan selepas majlis berlangsung. Buat da dan wan, hiduplah dengan rukun. Jadi lah teman yang terbaik. Semoga perkahwinan da n wan berkekalan dan diberkati dunia dan di akhirat. Amin.

Antara gambar-gambar sekitar majlis. Mahu lebih lagi? picasaweb.google.com/normanhafiz





Thursday, June 24, 2010

Selamat Penganti Baru Dikda & Wan


Alhamdullillah, Da & Wan dah pun selamat di ijabkabulkan. Angah doakan semoga kalian berbahagia, muaafakat, berkasih sayang, bertolak ansur.. hingga ke akhir hayat. Walaupun kalian agak lemau dari awal dan banyak cerita-cerita suspend yang memungkin ke tidak jadian perkahwinan ini tapi finally, dah pun selamat. Jadi wan adalah jodoh untuk da. so cherish n appreciate him!! same goes to you wan. no exceptional.

Da,
Jgn gaduh2 lagi.. be a good wife to your husband.

Wan,
Semoga terus berusaha untuk mengukuhkan ekonomi keluarga.
selalu bercakap benar dan jujur dalam apa jua perkara.


by the way, da nampak sungguh comel sekali!!... ;)