Untuk cerita di langkawi, saya tak rasa banyak yang ingin dikongsikan memandangkan ramai rakan2 blogger yang telah menjejakkan kaki di sana atau mungkin telah berkali-kali ke sana kampung halaman mereka (yang ini saya tujukan buat kak laila) atau mungkin ke sana kerana agenda shopping yang menyeronokkan. Tapi, tidak salah rasanya jika saya katakan percutian ini amat menggembirakan kami sekeluarga. Waktu yang dikongsi sangat berharga. Tentu sekali yang paling bahagia adalah si kecil, athirah, iman & arissa. Dapat menaiki kapal terbang, berada lebih tinggi dari awan nan putih, langit nan biru, melanggari awan yang memutih. Jika tidak gembira, masa kan suaranya kedengaran dari hujung ke hujung, dari penjuru ke penjuru.
"Wahhh so high!!! ; higher then the clouds"; dan yang paling menarik, apabila dia melihat stewardess yang memberi penerangan tentang penggunaan peralatan kecemasan, dia mengaitkan kejadian-kejadian ini seperti dalam cerita Madagaskar2 dengan satu jeritan.
" Ayah!! kita nak crash landing ke ayah????" ; yang mana kapal terbang ini akan terjatuh diakhirnya. Peminat-peminat madagaskar2 akan lebih memahami!! Lucu, buat kami.
Friends & Family,
Nikmati gambar-gambar di picasaweb ini, :D Terima kasih buat jurukamera terhormat keluarga kami, Norman Hafiz @ buah hati saya!!
P/s: Athirah sangat ingin bertemu lagi dengan arissa, bile boleh berjumpa lagi ya cik arale?
No comments:
Post a Comment